Thursday, February 10, 2011

Saya Tak Takut Jarum



Pusat Darah Negara perlukan darah jenis ”A” dan ”O”

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis ”A” dan ”O” untuk menampung keperluan darah di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

PDN dalam kenyataannya hari ini, berkata, simpanan darah itu bagi menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.

"Simpanan darah ini amat diperlukan bagi rawatan kes seperti pemindahan organ, pesakit Thalasemia, Haemofolia, denggi berdarah dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558. –Bernama

Sumber :: http://www.utusan.com.my

ha......ape tunggu lagi...jom la kite pakat2 ramai2 gie menderma darah...aQ pn xpnah derma darah lagi tau...ye la,aQ memang takot ngan jarum tapi aQ nak cube jgak nanti....orang cakap kalau derma darah selalu boleh cepat gemok.....betol ke??? kalau macam 2 aQ nk derma darah selalu la.....hehehe....yang penting kena mulakan langkah pertama dengan katakan tidak takut kepada jarum....tapi jangan pulak jarum yang bukan2 korang amik,bahaya 2....sayang la nyawa ye.....selamat menderma darah ye....(^_^)


1 comment:

  1. aku darah B lagipun aku dah tak perlu gemuk lagi.. hahaha.. alasannnnnnnn~~!!! baiklah!~ saye akan cuba face to face ngan jarum.. keh3

    ReplyDelete